Rabu, 25 Julai 2012

Kisah ProFeSor vs PendaYung SaMpaN...

 Kisah Tauladan Untuk Kita....

Suatu masa, seorang profesor hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan.
ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pendayung sampan :

 "Kamu pandai menulis membaca?"
 "Er....er...Tidak. Saya buta huruf," jwb pendayung sampan.
 "Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya ."

Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi:
 "Kamu ada menyimpan wang dalam bank?"
 "Er...er....Tidak..Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." jawab pendayung sampan lagi.
"kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti."

Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung segera bertanya kepada profesor: "Tuan Pandai berenang?"
"Eh...eh....saya tidak pandai berenang."jawab profesor dalam nada panik.
"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!".....


p/s :: jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain. 
Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri
 anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki....